You are currently browsing the daily archive for May 16th, 2008.

Alkisah..

Kebelakangan ini ak perasan, time jalan2 je kat kolej maka bykla kucing yg ak tgk terdampar tersadai,mungkin akibat kenyang dijamu makan insan2 baek hati yg menyumbang tulang2 ayam, mungkin juga sekadar lepak2 chill buat comel..

adapun yg ak perasan bilangan kucing-kucingan ni mula lah beranak pinak,start dari atok kucing sampai cucu-cicit kucing bertandang. Terpikirlah ak pasal pepatah org tua yg b’bunyi ‘malu-malu kucing’ tidak lagi releven p’gunaannya,kerana kucing2 sekalian ni amtlah kurang sivik mindednya.Apa diorg buat??

Bermukah!!

sungguh x berperikebinatangan punya kucing.Tp bila dipikir2 balik x kesah la pasal diorg kucing, mungkin diorg x mendapt didikn agama sepenuhnya, ujar ak pada diriku lagi seraya b’jalan2.

tp….

menjelang mlm,ak jalan2 lg dan kali ni sekali lg ak naik heran,heran berbinkan ajaib,byk pulak kucing mlm ni,besor2 plak tu.

Adapun kucing2 ni kelihatan educated pula, tetapi perangainya x ubah mcm kucing siang td,bersadai-sadaian,bermesra-mesraan di tepian padang serta tempat2 sunyi bertemankn bulan bintang,tp x de la sampai tahap b’mukah2an,mungkin sedikit malu pilu sudu garpu. Tp kejanya tetap begitulah, t’dampar2an, tergolek2an, disertai kadang kala ngiauan serak2 basah kucing parsi miang. Maka garu kepalalah ak, malu sendirilah ak,mengenangkn sikucing2 sekalian…

TAMMAT..

balik dari solat jumaat,Jpah dtg tersengih2 sumbing ala2 biawak dpt coke,seraya berkata dia perasan ak wat blog…alamak!!

mcm mana mamat ni tau??ak pun x tau. Tp dia kata dia boleh menghidu p’buatan ak.Apakah Jpah seorg stalker??mahupun jumper??ak baru je wat pagi td..sesorg lak tuh..tup tap tup tap dia ckp dia dh tau…heran bin ajaib..ak pun x de niat nk diperbesarkn hal ak wat blog ni.

apa2 pun,blog ini x de la dibuat utk mencapub tp sekadar nak merapu dan meraban..kalo ada kebaikn bole diamek maka bagusla,tp ak pun x brapa yakin ada baik ke x blog ni

salam merapu raban..

Maka nak djadikan cerita di negeri matahari terbit,dimana org2nya bermata sepet berkulit putih bersepuh, terdaptlh sebuah kompeni b’gelar Inax mengeluarkn produk berjenama REGIO,dijangka menjadi hiasan2 rumah mereka2 b’bontot emas menjelang bulan jun ini.

Maka produk ini bukanlah kapal angkasa mahupun periuk nasi tetapi merupakan JAMBAN!!

Mempunyai kelengkapan musikal apabila penutupnya dibuka (automatik), jamban ini 100 persen kalis bunyi mahupun ketika diflush. Bunyi runut(buruknya istilah) disumbangkan pemain Jazz tersohor Yoshiko Kishino.

Regio ini datang dgn kelengkapan asas tandas2 d jepun seperti basuhan automatik(look mum..hands free!!). Ciri2 mewah lain seperti mekanisma pembunuh kuman serakan ion(direct translation) sumbangan Sharp. mangkuk tandas bercahaya serta tempat dduk extra lebar.

Jamban ini sangat sesuai kpd mereka yg m’punyai masalah gatal bontot apabila menggunakan jamban murahan,bolehlah dibeli dengan harga ¥462,000 (brilliant white) atau ¥556,500 (noble black). Model ini bagaimanapun dijangka tidak akan masuk market Malaysia.

masih lagi x tdo..ak pun x tau nape..tunggu subuh je lah, alang2 menyeluk perkasam biar sampai ke ketiak masam gtu kata org tua2.

sakit jiwa?? ya mmg ak tgh sakit jiwa..konon2 nk stadi tp x leh nk concentrate..kepala hotak asyek teringat benda laen,masa ni la suma cite katun nk keluar,drama jepun, game yg x abes maen,perut b’keroncong irama dangdut ala2 Rhoma Irama.. warghh!!ak nk stadi..!!!

mungkinkh ak wat semua ini sekadar nk menjustify diri sindri..kononnya bila org tanya maka ak buleh jawab dgn muka penuh keyakinan disertai lubang idung kembang kempis, AK DAH STADI…SIAP X TDO LAGI!!. tp apa ak dapat..sket2 taik idung ak mungkin lagi banyak..cess..buang karan btol, tido sedap lagi.

moral: pikir la sindri